PROTON
SAGA
Kereta
Nasional Malaysia
Kereta
Nasional yang pertama, Proton Saga melambangkan detik permulaan penceburan
Malaysia dalam bidang pengeluaran kereta.Pengeluaran kereta pertama ini adalah
dalam dua bentuk kuasa enjin 1.3 dan 1.5 liter.Proton Saga direkabentuk khas
oleh pereka Malaysia dan ia menggabungkan daya cipta terbaharu, ciri-ciri
rekabentuk yang dinamis bertaraf antarabangsa setanding daripada segi mutu,
prestasi, ekonomi, ruang dan keselesaan.
Nama
SAGA dipilih hasil daripada satu peraduan menamakan kereta Nasional yang
disertai oleh segenap lapisan masyarakat.Oleh kerana perkataan SAGA membawa
makna yang simbolik serta kiasan yang melambangkan aspirasi nasional, ia
dipilih untuk nama bagi Kereta Nasional yang pertama.
Kilang
PROTON adalah yang terbesar di Asia Tenggara, meliputi kawasan seluas 550,000
meter persegi dengan kawasan berbumbung seluas lebih daripada 85,620 meter
persegi.Kilang yang berbentuk L ini
dilengkapi dengan alat-alat moden, automatik dan separa-automatik bagi menentukan
keluaran Kereta Nasional yang bermutu.Kilang ini direka khas merangkumi tiga
faktor penting iaitu unsur-unsur sistem pengeluaran yang cekap, keselesaan
tempat bekerja serta berkeupayaan untuk diperbesarkan pada masa depan.Perhatian
utama telah diberi kepada aspek-aspek pengawalan pencemaran alam yang
menggunakan peralatan dan kelengkapan yang moden.
Kilang
pengeluaran ini mengandungi 4 bahagian utama iaitu Bahagian Pembentuk Komponen
Badan Kereta, Bahadian Pengecatan, Bahagian Pemasangan Badan Kereta dan
Bahagian Merapi & Pemasangan Akhir.Kemudahan-kemudahan tambahan ditempatkan
di kawasan yang strategik untuk mencapai kekesanan dan prestasi yang
maksimum.Keseluruhan Kompleks Kilang PROTON ini melambangkan sebuah pusat
pengeluaran yang komprehensif.
Pada
peringkat permulaan, kilang PROTON ini berkeupayaan mengeluarkan 80,000 unit
kereta setahun.Keupayaan ini akan dipertingkatkan kepada 120,000 unit setahun
pada tahun 1988.
Industri
kereta bermula di Malaysia dalam tahun 1967 dengan tertubuhnya syarikat
pemasangan kereta tempatan yang pertama.Pada masa ini terdapat 12 buah syarikat
pemasangan kereta yang mengeluarkan lebih kurang 50 jenis model kereta yang
berasingan untuk edaran dan penjualan di pasaran tempatan.
Dengan
tertubuhnya syarikat PROTON, ia merupakan detik-detik permulaan dalam industri
pembuatan kereta.Buat kali pertama negara Malaysia akan mengeluarkan kereta
buatan Malaysia dan dalam masa yang sama membangunkan industri komponen.Projek
ini merupakan salah sebuah industri yang
diusahakan oleh Perbadanan Perusahaan Industri Berat (HICOM), yang
merupakan syarikat induk yang telah diberi mandat untuk mempergiatkan
pembangunan industri berat di Malaysia
PROTON
digerak untuk menjadi pemimpin di Malaysia dalam perusahaan kereta.Dengan
usahasama pihak Mitsubishi Motors Corporation dan Mitsubishi Corporation Jepun
yang akan sentiasa bekerjasama dalam bidang teknik dan latihan kakitangan,
PROTON bertanggungjawab dan berkemampuan mengeluarkan Kereta Nasional yang
bermutu tinggi dengan harga yang setanding.
No comments:
Post a Comment