NISAB, KADAR DAN HAUL
Nisab ialah batas minimum harta yang dimiliki yang mewajibkan seseorang berzakat.Secara umum nisab zakat harta bersamaan 85g emas (20 misqal).Misqal ialah ukuran timbangan emas yang dijadikan ukuran zakat sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW:
"Kamu tidak diwajibkan membayar zakat emas kecuali apabila telah cukup 20 misqal, sekiranya telah cukup 20 misqal kamu perlu membayar zakatnya sebanyak setengah misqal. (Riwayat Abu Dawud dan Baihaqi)"
Satu misqal bersamaan 4.25g.Disebut juga dengan 'dinar' kerana wang satu dinar biasanya dicetak dengan menggunakan emas seberat satu misqal.Maka 20 dinar menyamai 4.25g x 20 = 85g.
Kadar bermaksud jumlah yang perlu dikeluarkan sebagai zakat.Secara umum, kadar zakat harta ialah 2.5 peratus (1/40) daripada jumlah harta yang dimiliki.
Kadar dan nisab ini ditentukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan sabda Baginda:
"Apabila kamu memiliki 200 dirham yang telah mencapai masa haul, zakat yang wajib dikeluarkan daripadanya ialah lima dirham.Kamu tidak berkewajipan apa pun dalam emas, kecuali kamu mempunyai 20 dinar.Apabila kamu mempunyai 20 dinar yang telah mencapai haul, zakat yang wajib dikeluarkan daripadanya ialah 0.5 dinar (1/2 dinar).(Riwayat Abu Dawud dan Baihaqi)"
Haul ialah tempoh harta perlu disimpan sebelum ditunaikan zakatnya, iaitu 12 bulan mengikut kalendar Hijrah.Secara umum haul bagi zakat harta adalah satu tahun hijrah.Walau bagaimanapun demi kemaslahatan umut, haul yang dikira mengikut kalendar Masihi masih diterima memandangkan urusan seperti gaji diberi mengikut kiraan kalendar Masihi.
Showing posts with label zakat. Show all posts
Showing posts with label zakat. Show all posts
Thursday, November 14, 2013
Wednesday, November 13, 2013
Pengertian Zakat
Pengertian Zakat
Zakat berasal daripada perkataan Arab, iaitu zakaa yang
bermakna bersih dan suci.Allah SWT menjelaskan makna zakaa dalam Al-Quran
melalui firman-Nya:
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu.(As-Syams 91: 9)"
Para ulama memberi makna zakaa sebagai subur, berkat dan
terpuji.
Dapat disimpulkan erti zakat iaitu membersihkan harta
daripada bercampur dengan hak orang lain, kemudian menyucikan jiwa manusia
daripada sifat tamak haloba dan iri hati lalu menumbuhkan sifat terpuji sesama
manusia.
Pengertian zakat daripada sudut syarak adalah harta tertentu
yang dikeluarkan dengan syarat-syarat tertentu kepada golongan (orang-orang)
tertentu (asnaf).
Kewajipan Berzakat
Islam adalah agama tolong-menolong (ta'awun) dan agama
sejahtera.Allah SWT mewajibkan zakat kepada hamba-hamba-Nya yang berkemampuan
untuk membantu golongan yang memerlukan pembelaan, seterusnya menjamin
kemakmuran dalam masyarakat.
Bagi golongan kaya, zakat menjadi mekanisme yang mendidik
jiwa mereka supaya sentiasa tunduk kepada Allah SWT.Dengan kata lain, ibadah
zakat berupaya menyucikan jiwa golongan kaya daripada sifat-sifat tamak haloba
dan mementingkan diri sendiri.
Dengan terlaksananya amalan zakat dalam masyarakat, kekayaan
tidak terkumpul dalam kalangan golongan kaya sahaja.Sebaliknya sebahagian
daripada kekayaan itu dikongsi bersama golongan susah dan memerlukan.Semakin
kaya umat Islam, semakin banyak zakat dapat dikutip.Semakin banyak pula harta
yang dapat diagih-agihkan kepada asnaf yang layak.Natijahnya, negara menjadi
makmur di bawah lembayung zakat ini.
Syarat-syarat Wajib Zakat
Ada lima syarat am yang mewajibkan seseorang itu menunaikan
zakat.Lima syarat itu adalah:
1. Islam:
Hanya orang Islam diwajibkan berzakat.Pemberian daripada orang bukan Islam
tidak dianggap sebagai zakat.
2. Merdeka:
Hanya
Muslim yang merdeka wajib berzakat.Golongan hamba tidak diwajibkan berzakat
kerana diri hamba itu sendiri adalah milik tuannya.Sekiranya si hamba mempunyai
kekayaan melebihi nisab, maka tuannya yang wajib mengeluarkan zakat ke atasnya.
3.Sempurna
milik (al-milk at tam) :
Harta itu perlu dimiliki zat dan manfaatnya seratus peratus
dan tiada halangan apa pun untuk digunakan dengan apa cara sekali pn (wujud hak
al-tasaruf kepada pemilik harta).
4.Cukup
nisab :
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu
wajib dikeluarkan zakat atau tidak.Umumnya zakat harta disandarkan nisabnya
kepada 85 gram emas.Namun, ada beberapa jenis harta yang mempunyai nisab yang
berbeza dan hal ini akan diperincikan kemudian.
5.Cukup
Haul (al-hawl):
Genap setahun harta milik sempurna itu disimpan iaitu selama
354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi.Bagi zakat
pertanian dan galian, haulnya adalah semasa harta itu diperolehi.Zakat
pendapatan disandarkan kepada kaedah zakat pertanian maka dikeluarkannya pada
tahun semasa, sama ada semasa diperolehi, pada setiap bulan atau dikeluarkan
pada hujunh haul dengan menggabungkan keseluruhan pendapatan yang diperolehi
pada tahun berkenaan.
Rukun Zakat
Rukun zakat dua perkara iaitu:
- Niat
- Berlaku perpindahan harta daripada pembayar zakat (muzakki) kepada penerima zakat (mustahik).
Jenis-jenis Zakat
Zakat terbahagia kepada dua jenis iaitu:
1. Zakat Fitrah (badaniah)
Iaitu zakat yang diwajibkan pada bulan Ramadhan menjelang
Syawal.
2. Zakat Harta (maliyyah)
Iaitu zakat yang diwajibkan ke atas harta benda seperti:
- Emas dan perak
- Mata wang
- Haiwan ternakan
- Hasil pertanian
- Harta galian
- Harta perniagaan
Terdapat harta zakat yang menjadi khilaf di kalangan ulama,
antaranya:
- Hutang
- Madu
- Hasil laut
Harta zakat juga berkembang mengikut perkembangan zaman.Pada
masa ini, harta yang tertakluk kepada hukum zakat meliputi:
- Pendapatan
- Wang simpanan
- Saham dan perlaburan
Subscribe to:
Posts (Atom)