p e e d e e t i g a

Saturday, March 11, 2017

DIY Heart Shaped Block / Kufi Block

DIY Heart Shaped Block / Kufi Block

     Assalamualaikum disebabkan hari ini cuti ingat nak kongsi la sikit idea simple nak buat Block bentuk hati ni.Tak berapa sedapkan kalau sebut dalam bahasa melayu.Heart Shaped Block sedap sikit,Baru rasa macam Nirvana.Ok lah tak payah nak merapu banyak-banyak baju pun tak basuh lagi ni.

Mudah dan juga kos pun tak banyak.Ok bahan-bahan dan ramuannya adalah :




  • kayu 1x1 ( kat kedai hardware banyak. )
  • Pembaris, pensel, pemadam, gurmit, liquid paper (semua ni tak payah pun takpa)
  • Gam kayu (kalau boleh guna gam susu yang putih tu)
  • Kertas pasir
  • Gergaji (gergaji tangan boleh, jigsaw boleh, mitre saw boleh,circular saw boleh,tablesaw pun boleh)
  • Water Color / Poster color / Mural / Cat (semua yang seangkatan dengannya.Janji ada warna)
Step 1 
Potong kayu saiz segiempat sama sebanyak mungkin.Tapi untuk Heart Shaped Block ini kita perlu ada 59 pcs.Tatau la betul ka dak sebab kira sekali ja tadi.Senang cerita potong la 60.Kalau guna mesin cepat la,Kalau manual mau pecah peluh jugak la.Tapi agak romantik la guna gergaji tangan.Baru betul-betul Handmade.

Step 2
Dah siap potong ratakan permukaan kayu dengan kertas pasir.Sikit-sikit sudah la sebab nanti bucu kayu jadi bulat pulak.

Step 3
Susun block tadi sampai jadi bentuk hati seperti didalam gambar.FYI pixel block memang bentuk kotak-kotak macam ini.Sebab tu nama dia BLOCK (abih tu awat Ken Block muka tak petak pun? mana nak tau kat dia la)















Step 4
Jangan risau kalau senget ka tinggi ka.Seni memang macam ni.Haha.Bila dah dapat bentuk macam tuh boleh la mula mewarna.Bebas nak letak warna apa pun.

Step 5
Gamkan semua block antara satu sama lain.Biarkan kering sekering-keringnya.Kalau nak kuat lagi boleh lapik plywood dibelakang atau pun mounting board.Ikut kreativiti masing-masing.Memang sengaja aku bagi agak tak sama block tu sebab kalau sama tak dak motif la kita potong square block tadi.Baik lukis ja pastu potong ja guna jigsaw.

Step 6
Siap la.









Macam-macam bentuk lagi boleh buat.Ikut ideas masing-masing.Lain orang lain fesyen.Lebih kurang mintak halal.Aku pun bukan pandai sangat dan aku bukan tukang kayu.Sekadar nak mencuba.


Friday, March 10, 2017

DOA KETIKA MELANGKAH KE TANAH PERKUBURAN

DOA KETIKA MELANGKAH KE TANAH PERKUBURAN









ASSALAMU'ALAA AHLID-DIYAARI MINAL-MUKMINIINA WAL-MUSLIMIINA WAYAR HAMULLAH-HUL MUSTAQDIMINA MINKUM WAMINNA WAL-MUSTAK KHIRIINA WA-INNA INSYAAALAHHU BIKUM LAAHIQUUN.

Semoga keselamatan dilimpahkan kepada ahli kubur kaum mukminin dan muslimin dan semoha Allah merahmati orang-orang yang lebih dahulu dari kalian dan kami, serta orang-orang yang terkemudian.Sesungguhnya kami InsyaAllah akan menyusul kalian.

DIY dinding Chalkboard / Blackboard



Cara-cara atau tips transformasi dinding rumah ke chalkboard atau blackboard mengikut bajet.Ada banyak cara ataupun produk dipasaran.Aku cuma kongsi tiga cara sahaja dan aku pilih yang cara nombor tiga sebab jimat kos sikit.Haha

Cara pertama:
-menggunakan cat kapur tulis / chalkboard paint yang mana boleh didapati di http://www.mkmagnetsupply.com
Product : Chalkboard Paint
Size : 500ml (blue color only)
Area Coverage : 50 Sq feet
Price (tin) : RM 78/tin

Size : 1 Liter (black color only)
Area Coverage : 98 Sq feet
Price (tin) : RM 148/tin














Cara kedua:

- menggunakan Vinyl Chalkboard Wall Stickers.Ala-ala wallpaper la.Boleh didapati di lazada/lelong dan lain-lain.Harga mengikut saiz dan mudah dipasang tak perlu nak cat-cat bagai.





















Cara ketiga:
-dengan menggunakan cat juga tetapi menggunakan cat biasa bewarna hitam.Cara yang paling jimat kos sebab 1liter cat baru kos RM2x.Effect tetap sama cuma kalau cement wall memang tak akan smooth macam papan kayu.Sebelum sapu cat pastikan ratakan dinding atau boleh guna kertas pasir untuk dapat permukaan yang smooth.Untuk padam pula guna kain lembab saja.

Method 3 inilah yang aku gunakan di rumah aku.haha


Saturday, March 4, 2017

DOA TAUBAT









RABBANAA MAA KHALAQ-TA HAAZAA BAATILAN SUBHAANAKA FAQINAA ' AZAABANNAR. RABBANAA INNAKA MANTUD-KHILINNAA-RI FAQAD AH-ZAITAHU, WAMAA LIZZOOLIMINA MIN ANSAR.RABBANA INNA-NA SAMI'-NA MUNAA DI YANN TUNAA-DI LIL IMANI AN-AA-MINU BIRABBIKUM FA-A-MANNA, RABBANA FAGHFIR-LANA ZUNU-BANAA WAKAF-FIR'ANNA SAY-YI-AA-TINAA WATAWAF-FANAA, MA-'AL-ABRAR.RABBANA WA-AA-TINAA MAA WA-'AD-TANAA'ALAA RUSULIKA WALAA TUKHZI NAA TAUMAL-QIYA-MATI, INNAKA LA TUKH-LIFUL-MI'AAD.

"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang  yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya ;'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ' maka kami pun beriman.Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;Wahai Tuhan Kami, Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-RasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat;sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." (Al-Imran: 191-194)

DOA MOHON DIATASI SEGALA PENDERITAAN




LAA ILAA HA ILLA ANTA SUBHAA NAKA INNI KUNTU MINAZ-ZAALIMIIN

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah) Maha Suci (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku); sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.(Surah Al-Anbiya':87)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...